Sunday, June 21, 2009

.......Aku dan Istimewa......


Detik pertama melangkah ke alam pendidikan khas bermasalah pembelajaran telah banyak mengajar ku erti bersyukur dan meghargai nikmat Allah S.W.T .
Pada mulanya, tidak dapat ku bayangkan bagaimana hendak menghadapi murid-murid yang sangat istimewa disisi Allah ini. Tetapi alhamdulillah, berkat keikhlasan dan sentiasa berpegang pada ayat ini " Pekerjaan adalah satu ibadat", maka aku dapat bekerja dan mendidik dengan suasana yang tidak dapat digambarkan. Setiap hari aku berasa gembira dan seronok untuk masuk kekelas murid-murid ini mencurahkan keringat yang tidak seberapa. Walaupun menghadapi pelbagai kerenah mereka, tetapi aku tetap 'enjoy' dalam melakukan tugas seharian. Telatah lucu dan mudah mesra kanak-kanak ini membuatkan kita sentiasa tertawa walaupun banyak terdapat kekurangan dalam diri mereka.
~~~Sukaneka pendidikan khas~~~
~~~Kanak-kanak istimewa "Sindrom Down Hiperaktif"~~~
~~~Berbudi pada tanah~~~



~~~ini hasilnya~~~


~~~bakal usahawan tani 2020~~~hehe ~~~menteri pertanian dan kabinetnya~~~haha

Sunday, June 7, 2009

semalam yang hangat.......




-----SITUASI SEBENAR DI LEBUH RAYA-------



Semalam (6.6.2009) adalah hari yang cemas dalam hidupku. Ketika dalam perjalanan pulang ke IPDA dari Gerik, tiba2 cermin depan kereta ku meletup bak torpedo dihighway gurun..Aku dan En.Yus terpaku dan perlahan-lahan memberhentikan mitsubishi lancer fiore c12 ku di lorong kecemasan..mujurlah tinted kereta ku ada lapisan luar dan dalam..kalau tidak,habislah berkecai kaca2 cermin pada kami..huhu dipendekkan cerita, Kak Ros PK1 pun lalu jalan yang sama..Kami terhutang budi pada Kak Ros yang menunjukkan kedai cermin..memandagkan esok cuti umum keputeraan agung,kedai pun tutup..Nak dipendekkan lagi, lesaplah RM460 duit aku...huhuhuhu esok,tulis lagi...tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu




----pemanduan 20km/j hanya di gurun-----
(tidak kelihatan en.yus membaca doa dibelakang...haha)